SELEPAS Angelina Jolie merampas aktor hebat, Brad Pitt daripada Jennifer Aniston, ramai yang sedih dan bersimpati dengan nasib yang dialami aktres drama siri Friends itu.Jennifer seperti hilang arah dan tidak mempunyai kekasih tetap yang setia menemaninya walaupun dia dikatakan sudah melupakan Brad. Selepas Brad, Jennifer telah bercinta dengan penyanyi John Mayer, diikuti pula dengan Vince Vaughnn. Malangnya, kedua-dua perhubungan itu tidak kekal.Menurut sumber, Jennifer yang berusia 40 tahun itu sering mempunyai masalah jika bercinta dengan mana-mana lelaki dan kali ini, aktres itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan seorang pelakon wanita yang baru dikenalinya."Difahamkan, Jennifer mula berkenalan dengan pelakon Sweden, Malin Akerman, yang merupakan peminatnya."Dia mula rapat dengan Malin ketika mula bertemu di lokasi penggambaran filem Wanderlust di mana pada ketika itu Jennifer tidak berbaju. Malin begitu tertarik dengan tubuh aktres itu."Jennifer agak rapat dengan pelakon itu. Tetapi saya tidak pasti sama ada mereka sedang bercinta ataupun tidak. Setahu saya, Jen bukan seorang lesbian. Saya percaya, dia pasti sedang menantikan lelaki sejati untuk melamarnya menjadi isteri," kata sumber itu.