PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menyatakan perasaan kurang yakin terhadap bidang lakonan yang diceburinya kini akan pergi lebih jauh.Jelas Jac, ramai pelakon baru yang lebih layak dan mampu untuk memegang pelbagai watak berbanding dirinya yang hanya boleh mampu memegang watak gadis India. “Wajah saya hanya sesuai sebagai watak gadis India, jadi saya rasa peluang untuk pergi lebih jauh agak kurang.“Tak kan pula ada pengarah yang akan membuat satu watak India untuk saya di setiap filem, lain lah jika wajah saya ada kacukan mukin lebih mudah untuk setiap watak,” katanya yang baru keluar dengan filem arahan Afdlin Sauhki berjudul Appalam.Bagaimanapun, menurut Jac, lakonan merupakan cabang baru bagi dirinya. Biarpun tidak mengharapkan akan pergi lebih jauh, namun dia tetap mencuba untuk memberikan yang terbaik.“Masih banyak yang perlu saya pelajari dalam bidang ini. Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk berlakon.“Jika diberi pilihan saya lebih berminat untuk berlakon teater kerana ia benar-benar memberi kepuasan.“Bagaimanapun sebagai anak seni saya hanya mencuba pelbagai bidang, tapi fokus utama masih lagi dalam bidang nyanyian,” ujarnya yang bakal keluar dengan album terbaru berjudul Tiga Suara.Kata, Jac dia kini masih menunggu album gabungan tiga suara iaitu bersama Ning Baizura dan Shila OIAM.Album yang memuatkan sembilan buah lagu baru itu akan menampilkan kolaborasi suara ketiga-tiga artis tersebut.“Album tersebut sudah siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Album kali ini lebih istimewa kerana kali pertama gabungan suara artis dimuatkan dalam sebuah album,” ujarnya.