suria

Pelakon Awan Dania 3 Kongsi Rasa

Scha membawa watak utama bernama Dania. - Foto oleh BRIAN MOH
Scha membawa watak utama bernama Dania. - Foto oleh BRIAN MOH
Scha membawa watak utama bernama Dania. - Foto oleh BRIAN MOH

PETALING JAYA: Pelakon drama Awan Dania musim ketiga berkongsi rasa dan pengalaman sepanjang menjalani penggambaran drama tersebut.

Berbeza dengan dua musim terdahulu, Scha akui watak Dania dalam musim ketiga ini semakin matang dan tidak ‘blur’ lagi.

“Saya bertugas sebagai pramugari pesawat peribadi mewah yang dimiliki oleh syarikat D’nest. Kali ini, saya perlu melayan kerenah penumpang yang terdiri daripada orang kaya dan kenamaan.

“Secara fizikalnya, Dania tetap sama seperti dulu, kadangkala kekok dengan kerja di tempat baru tetapi pengalaman dahulu banyak mendewasakan dirinya dan menjadi lebih lemah-lembut. Jika sebelum ini, Dania masih tercari-cari kerja yang bersesuaian dengan dirinya tetapi kali ini dia sudah menyukai karier pramugari ,” katanya yang turut berasa seronok pertama kali dapat merasai pengalaman menaiki pesawat peribadi.

Scha yang juga pertama kali berkunjung ke Perth, Australia untuk penggambaran Awan Dania 3 pada 20 hingga 29 November lalu akui menyukai keramahan penduduk dan kelainan cuaca di negara kangaru itu.

“Dengan cuacanya yang kadangkala sejuk dan panas di Perth membuatkan saya rasa selesa dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi penduduk di sini seperti mengalu-alu kedatangan kami.

“Apabila pulang ke Kuala Lumpur, pasti saya merindui makanan laut seperti ‘Fish and Chip’ yang sangat sedap di Fremantle, pemandangan indah di Kings Park serta keunikan seni bina bangunan-bangunan di Bandaraya Perth.

“Selain itu, kerjasama semua pihak dalam produksi dengan bantuan pihak Pelancongan Australia Barat dan Pelancongan Australia melakukan kerja masing-masing dengan baik sekaligus membantu melicinkan penggambaran,” ujarnya yang pernah bekerja sebagai pramugari AirAsia.

Sementara itu, aktor Zed Zaidi merasa tenang apabila dapat berlakon sambil berjalan-jalan di luar negara.

Bercerita sedikit tentang karakter Zed dalam drama 26 episod ini, dia melakonkan watak Kapten Iman iaitu seorang juruterbang pesawat peribadi yang kelakar dan periang.

“Sambil syuting, saya sempat membeli-belah. Jadi, tak terikat dengan kerja sangat. Saya pula jenis yang suka berjalan-jalan dan boleh sesuaikan diri dengan tempat baru. Sekarang, saya dah tahu tempat-tempat menarik di sini dalam masa beberapa hari berada di sini,” katanya yang menyukai keunikan Bell Tower dan pemandangan tepi laut di Fremantle dan Swan River yang menjadi tempat persinggahan bot-bot iaitu antara tarikan di Perth.

Selain itu, kemunculan watak baru lakonan Memey Suhaiza, Marsha Londoh, Zed Zaidi dan Gambit Saifullah serta penggambaran di luar negara iaitu Korea, Australia dan Bali pastinya memberikan kesegaran kepada drama yang disiarkan pada setiap Isnin, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ijoy Terkena Demam Denggi

Artikel Lain