Almy Nadia tetap bahagia dengan Fizz Fairuz.PETALING JAYA: “Putus? Tidak... kami tak putus!” Itulah jawapan ringkas pelakon Almy Nadia apabila diajukan persoalan kononnya hubungan cintanya dengan Fizz Fairuz sudah putus.Berita kehancuran kisah cinta mereka itu semakin kuat kedengaran sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua mereka kononnya tidak sehaluan lagi apabila Fizz dikatakan kecewa dengan sikap Almy yang terlalu mendesak untuk bertunang ataupun bernikah. Mstar Online bagaimanapun mendapatkan penjelasan Almy sejauh manakah kebenaran dakwaan itu tetapi Almy menafikan hubungan tersebut sedang bergelora seperti mana yang diperkatakan.“Terus terang saya katakan, saya dan Fizz masih berkawan macam dulu. Kami masih lagi pasangan kekasih. Kami tidak putus hubungan,” ujarnya ketika dihubungi di sini, Selasa.Kata Almy lagi, dia mengakui jarang bertemu dengan Fizz kerana kekasihnya itu terlalu sibuk dengan penggambaran drama.Walau bagaimanapun mereka masih lagi berhubung walaupun sekadar menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).Menurut Almy, dia mengakui sejak kebelakangan ini ramai wartawan yang bertanyakan perkara itu kerana jarang melihat mereka muncul pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan tetapi ia bukan bermakna hubungan itu sudah retak.Ditanya kenapakah selama ini Almy yang banyak memberi kenyataan berbanding Fizz, ujar Almy dia mengenali kekasihnya itu yang tidak begitu gemar bercerita kisah cinta kerana bimbang ia disalah tafsir.Bagaimanapun kata Almy, dia memahami tugas pihak media dan sebab itulah dia mengambil pendekatan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan dengan sebaik mungkin.“Saya faham tugas pihak media dan sentiasa memberi kerjasama. Tapi sekarang ini saya pun dah tak tahu nak jawab apa lagi bila orang asyik tanya saya dengan Fizz kerana semuanya telah saya jawab sebelum ini.“Jujurnya saya ingin beritahu, hubungan kami masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang masalah,” katanya.