PENYANYI Nazriel Irham atau Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dikhabarkan baru sahaja menghiasi sebuah majalah lucah di Jepun.“Saya tidak boleh beri sebarang komen yang boleh memalukan Ariel dan Indonesia. Apa juga berita negatif ini akan mengaitkan Indonesia. Saya tidak mahu ia terus diperbesar-besarkan lagi,” ujar peguam mewakili Ariel, Julius Irwansyah. Julius memberitahu dia baru sahaja diberitahu tentang berita tersebut. Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia dikhuatiri akan membebankan anak guamnya.“Saya baru dengar berita ini, jadi lebih baik saya ambilnya sebagai perkara kecil sahaja,” ujarnya.Dalam majalah yang diterbitkan di negara Jepun itu, kelihatan gambar Luna Maya, Ariel dan Cut Tari sedang memperagakan pakaian seksi sambil beraksi lucah.