suria

Bekas Isteri Harap Pasha Tak Lupa Anak

Bekas isteri Pasha, Okie berharap penyanyi itu tidak melupakan anaknya selepas berkahwin baru.
Bekas isteri Pasha, Okie berharap penyanyi itu tidak melupakan anaknya selepas berkahwin baru.
Bekas isteri Pasha, Okie berharap penyanyi itu tidak melupakan anaknya selepas berkahwin baru.

BIARPUN sudah bercerai, pasangan Pasha dan Okie mengakui masih berhubung atas urusan anak-anak mereka.

Menurut Okie, Pasha menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberi nafkah dan mengunjungi anak-anaknya.

"Saya yakin Pasha boleh bertanggungjawab dengan adil," ujarnya ketika dipetik KapanLagi.com.

Walaupun bekas suaminya itu bakal menamatkan zaman duda dengan wanita bernama Adelia, dia berharap Pasha tidak melupakan anak-anak mereka.

"Dia semakin bahagia bersama keluarga baru, namun dia harus ingat kepada anak-anaknya dan jangan sesekali melupakan mereka. Anak-anak ini yang selalu mengisi kehidupan Pasha dan saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain