Saat Indah Julie Woon (depan) dan Qi. Tapi sayang, Qi sekarang telah menjadi kekasih penyanyi Yuna.PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, masih lagi belum berjumpa dengan lelaki sesuai untuk dijadikan sebagai teman lelakinya.Selepas putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei tahun lalu, dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada kariernya. Menurut Julie, walaupun dia tidak lagi mempunyai hubungan istimewa dengan pengacara itu, mereka masih lagi berkawan rapat serta menjadi rakan kongsi dalam syarikat Popcorn Studio."Saya ingin fokus dalam bidang pengacaraan tahun ini dan pada masa yang sama mahu aktif berlakon semula."Oleh itu saya tolak ketepi dahulu soal cinta. Bagaimanapun, saya ada juga keluar dengan seseorang, cuma belum sampai ke tahap yang lebih serius."Menariknya tentang saya dan Qi, kami masih lagi berkawan rapat dan dia merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami bersama seorang lagi rakan kongsi lain."Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya yang dihubingi mStar Online.Sementara itu, Julie gembira kerana Qi telah pun menemui cinta baru iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna, 24, dan tidak sabar untuk melihat pasangan tersebut bersatu hingga ke jinjang pelamin."Saya gembira yang Qi menemui Yuna sebagai teman hidupnya. Kami pernah lepak bertiga dan saya suka dengannya (Yuna). Saya harap mereka akan kahwin secepat mungkin," ujarnya.