suria

Sam Wortington Putus Cinta

WASHINTON: Pelakon filem Avatar, Sam Worthington dilaporkan berpisah dengan Natalie Mark selepas sekian lama menjadi pasangan kekasih.

Menurut laporan Australia Herald Sun, Selasa, pelakon itu telah mengenali Mark sejak tahun 2008 tetapi mengambil keputusan untuk membuat haluan sendiri baru-baru ini.

Worthington jarang sekali mahu bercakap mengenai hubungannya dengan Mark tetapi apabila mereka ditanya adakah mahu berumah tangga pada tahun lalu, lelaki itu hanya menjelaskan mereka sekadar gembira dengan hubungan yang sedang berjalan.

Ia memperlihatkan kedua-dua pasangan itu seolah-olah tidak memikirkan hubungan yang lebih jauh iaitu untuk menjadi suami isteri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain