suria

Klik Dedah Konflik Kehidupan Remaja

KUALA LUMPUR: Stesyen televisyen Astro Ceria bakal menghidangkan sebuah drama berunsur komedi terbaru berjudul Klik Pada setiap Ahad, pukul 10.30 pagi bermula 9 Januari ini.

Drama berdurasi 30 minit ini bakal menceritakan kehidupan sekumpulan remaja yang terdiri daripada Redwan, Aizat, Haziq, Karthik, Elisya, Aminah, Amanda dan Evelina.

Ia turut mengupas persoalan dalam lingkungan remaja seperti persaingan mendapat tempat terbaik, kemahuan untuk dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Pengurus saluran Astro Ceria, Evon Koh berkata drama komedi ini bukan sahaja memberi hiburan, malah dapat memberi pengajaran yang bermakna kepada para penonton.

“Drama ini akan menyingkap keindahan dunia remaja pada zaman kini yang selalu dipandang serong.

“Klik juga membawa mesej yang menyedarkan penonton bahawa hidup sebagai seorang remaja tidak kira di kota besar atau di pinggir Bandar, mereka tetap seorang yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Drama 13 episod ini juga bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan kepada remaja yang sering terlibat dengan pelbagai gejala sosial.

Ia secara tidak langsung memberi perhatian golongan ibu bapa untuk memandang perkara ini secara lebih serius.

Drama komedi ini bermula dengan sesi pengenalan watak utama Klik iaitu Redwan yang dilakonkan oleh Ariel Zafril, Ameer (Zoey), Karthik (Raj), Aizat (Aren Yunus), Elisya (Erin Malik), Alia (Fifi), Amanda (Wawa) dan Eve (Jorrin).

Biarpun masih remaja pelakon-pelakon ini mampu memainkan peranan yang amat baik dalam melakonkan watak masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain