Salman KhanMUMBAI: Aktor Salman Khan mengakui tidak bersetuju dengan nama Bollywood yang digunakan bagi menggambarkan dunia perfileman India.Terbaru, Salman dikhabarkan mahu menggantikan nama Bollywood kepada Hi-FI yang merujuk kepada singkatan Industri Perfileman Hindi (Hindi Film Industry). Bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu berkata, dia tidak sebenarnya tahu dari mana datangnya idea nama Bollywood itu."Bollywood bukanlah nama industri kami. Saya tidak tahu dari mana nama istilah itu muncul dan kami terus menggunakannya," ujarnya yang dipetik India Times.Aktor berusia 44 tahun itu lebih suka jika industri filem India dipanggil dengan nama yang lebih universal. Baginya, nama Bollywood kedengaran terlalu mengikut nama industri filem Amerika iaitu Hollywood. "Saya benci nama Bollywood. Apa maksudnya itu? Menggelikan," tulis Salman dalam akaun Twitter-nya.Istilah Bollywood seharusnya digunaka untuk industri filem berbahasa India yang bertapak di kota Mumbai saja. Namun, orang ramai sering menyalahertikan Bollywood sebagai nama industri untuk seluruh filem di India.