SAMBUTAN Tahun Baru Cina kali ini disambut sederhana oleh artis popular Indonesia Sandra Dewi.Seperti tahun-tahun lalu, Sandra mengakui ia akan disambut secara istimewa bersama seisi keluarga tercinta. Bercakap tentang soal tradisi, Sandra akui menunggu duit raya atau ampau dari keluarganya biarpun sudah mempunyai pendapatan sendiri.“Selagi saya tidak berkahwin saya masih layak untuk mendapat ampau, namun begitu saya juga ada memberi ampau tetapi melalui keluarga di mana saya beri duit tersebut kepada ibu untuk diberikan kepada sanak saudara,” ujarnya.