MELIHAT penampilan pelakon Zizan Nin, 37, yang kemas dan segak, dia sebenarnya mengamalkan pendekatan menitikberatkan penjagaan kulit dan badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki dengan mengikut nasihat doktor.Sejak bertemu dengan doktor pakar tiga tahun lalu, pelakon drama ‘Cinta Medik’ dan ‘Penunggu Gunung Raya’ ini mula menggunakan produk Derma Look yang sehingga kini bersesuaian dalam merawat kulit dan rambutnya. Yang penting dan membuatkan Zizan yakin dengan produk dermatologi itu kerana ia diperakui oleh Persatuan Dermatologi Malaysia.“Saya pentingkan kesihatan diri jadi sebab itu saya akan membuat pemeriksaan kesihatan pada setiap enam bulan sekali. Saya juga mendapatkan rawatan gigi pada setiap enam bulan sekali atau paling lambat lapan bulan sekali.“Saya terpaksa mendisiplinkan diri tentang kesihatan. Tetapi semuanya saya lakukan mengikut kemampuan diri tanpa mengamalkan suntikan botoks.“Jika berjalan jauh, saya pasti akan membawa produk Derma Look seperti pembersih muka, krim siang dan krim malam, krim pelindung matahari, syampu, produk Lab Series (pelembap bibir), Gilette (pencukur) dan Gatsby (gel rambut),” katanya kepada Mingguan mStar.Menurutnya, krim siang membantu warna kulit menjadi sekata manakala krim malam mampu menegangkan kulit kerana mempunyai kolagen.Selain itu, pelakon filem Untuk Tiga Hari yang belum ditayangkan di pawagam ini tidak lepas menjalani rawatan muka di pusat kecantikan dalam sebulan sekali atau sebulan dua kali.Untuk menjaga penampilannya, Zizan akui kerjaya sebagai artis dan sentiasa berhadapan dengan kamera membuatkan dirinya perlu tampil dengan solekan.Jadi, sebab itu dia selalu memastikan mukanya bebas dari solekan selepas aktiviti seninya selesai.Suami kepada Fazilah Hani Harun ini juga mengamalkan pengambilan vitamin, minum banyak air dan tidur secukupnya selama enam jam atau paling minimum empat jam.Tetapi jika keletihan selepas selesai penggambaran, dia boleh mengambil masa tidur sehingga 10 hingga 11 jam.Dengan ketinggian kira-kira 173 sentimeter, Zizan mahukan berat badan ideal iaitu 65 kilogram. Bagaimanapun sehingga kini berat badannya masih kurang dalam lingkungan 59 hingga 60 kilogram.Biarpun begitu, dia sentiasa menjaga pemakanan seimbang. Pada setiap pagi, dia mengambil bijirin, pisang, roti perang dan kopi bersama gula perang.Jika makan nasi pada waktu tengah hari, pastinya beras perang yang menjadi amalan model iklan ini.“Saya pentingkan gula perang, beras perang dan roti perang kerana kandungan gulanya rendah. Apabila saya mengamalkan pemakanan sebegini, ia dapat mengelak masalah diabetes dan perut buncit.“Selain itu, saya merupakan penggemar susu segar sejak belajar di universiti lagi. Saya turut tertarik dengan kajian kesihatan dan merujuk buku perubatan dalam banyak perkara,” katanya yang pernah belajar di University of Leicester, England pada tahun 1997.Beralih kepada fesyen, Zizan yang menggemari pakaian jean ini juga meminati barangan kulit jenama Jaspal.Bagaimanapun dia menafikan seorang yang mementingkan jenama. Sekali-sekala berbelanja, pasti dia akan membeli banyak pakaian dan aksesori untuk digunakan semasa penggambaran.Sama seperti membeli produk penjagaan diri, sesetengah produk tersebut dibelanjakan dalam lingkungan RM200 dan boleh tahan digunakan sehingga lima bulan.Foto ART CHEN Pakaian JASPAL Solekan AMY CHANTEK