Britney SpearsPENYANYI Britney Spears berjaya mengalahkan Lady Gaga serta Madonna apabila penyanyi yang popular dengan lagu Toxic ini mendapat undian tertinggi dengan meraih perhatian golongan gay apabila diangkat sebagai Ikon Pilihan Gay Terhebat Sepanjang Zaman.Undian tersebut dibuat menerusi sebuah badan organisasi gay dan lesbian, Orange County Equality Project dan Britney meraih sebanyak 31 peratus undian. Menurut sumber kepada laman Aceshowbiz, populariti Madonna semakin pudar di kalangan pengamal gay dan lesbian sejak mengeluarkan albumnya kali terakhir pada tahun 2008."Jika Madonna mengeluarkan album baru, undiannya pasti tinggi," kata sumber tersebut.Madonna menduduki carta di tempat kedua dengan menerima sebanyak 25 peratus undian diikuti dengan Lady Gaga dan Katty Perry yang masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.