suria

Nidji Ajak Peminat Cintai Agama

Kumpulan Nidji
Kumpulan Nidji
Kumpulan Nidji

JAKARTA: Rusuhan yang sering terjadi di Indonesia menjadikan kumpulan muzik Nidji mendapat inspirasi untuk membuat lagu-lagu bersifat keagamaan.

Jelas vokalis Nidji iaitu Giring, mereka mencipta lagu-lagu bercorak keagamaan adalah bagi membangkitkan rasa cinta sesama agama dan menyemai perpaduan.

“Kami semua mempunyai pegangan agama tapi kami mencintai semua agama yang ada. Saya berpendapat semua orang harus mempunyai perasaan begitu.

“Semua orang harus saling mencintai dan berusaha menjadikan negara ini aman tanpa rusuhan yang disebabkan agama,” jelasnya seperti dipetik Kompas.com.

Nidji dalam beberapa karyanya menyuarakan mesej semangat untuk bersatu seperti lagu Arti Sahabat dan Tuhan Maha Cinta.

Lirik lagu-lagu tersebut bercerita tentang cinta kepada kehidupan, keluarga dan pekerjaan.

Dalam pada itu, pada minggu depan Nidji mula menggarap album keempat dengan semangat untuk meyuarakan generasi muda seusia mereka.

“Untuk album terbaru kami bercerita tentang bagaimana anak muda melihat cinta, persahabatan, impian dan cara meraihnya,” jelas Giring.

Selain Giring sebagai vokalis, Nidji juga terdiri daripada Andro (bas), Adri (drum), Rama (gitar), Randy (gitar), dan Ariel (gitar).

Artikel Lain