Fouziah melakonkan watak Suria dalam drama Mantera Anjasmoro. - Foto SAM THAMPETALING JAYA: Pelakon Fouziah Gous menitik beratkan pemilihan pakaian apabila melakonkan sesebuah cerita agar ia menepati watak yang dilakonkan.Sekiranya watak wanita kampung, pelakon drama Trilogi Cinta ini akan memastikan dia memakai baju lusuh dan kain batik. Sebaliknya jika melakonkan watak wanita moden, dia akan mengenakan pakaian yang kelihatan moden dan memastikan ia tidak sama seperti fesyen yang digayakan olehnya sebelum ini.“Saya agak cerewet dan teliti apabila bab memilih pakaian ketika berlakon kerana tidak mahu nampak macam ala kadar sahaja. Biasanya sebelum memulakan penggambaran, saya akan bincang dengan pihak yang menguruskan pakaian pelakon dan pengarah tentang apa yang sesuai dipakai.“Seperti lakonan saya dalam drama Mantera Anjasmoro, saya perlu menonjolkan elemen muda kerana saya merupakan isteri kedua.“Sementara lakonan saya dalam drama Trilogi Cinta pula saya perlu nampak betul-betul macam orang kampung. Jadi saya memakai baju T dan kain batik.“Warna pakaian juga memainkan peranan penting. Saya akan mencari sendiri pakaian tersebut dan sekiranya saya rasa perlu beli pakaian itu, saya akan membelinya tetapi biasanya jarang berlaku,” kata Fouziah.Tambahnya: “Saya tidak mahu dibayangi dengan diri sendiri dalam setiap lakonan saya dan sebolehnya mahu betul-betul nampak lain dan biarlah penonton menilai lakonan saya kerana watak yang dilakonkan itu.“Saya tidak nafikan, ramai yang menggemari lakonan saya sebagai Norjinah dalam Trilogi Cinta sehingga mereka menganggap diri saya betul-betul baik dan lemah-lembut.“Sedangkan pada saya bukan mudah untuk melakonkan watak baik berbanding watak jahat.”Menurutnya dalam Mantera Anjasmoro dia perlu melakonkan watak seorang wanita jahat yang tidak menonjolkan sisi jahatnya. Dia terdesak menjadi jahat kerana terlalu sayangkan suami.Selain itu, dia turut meluahkan perasaan seronok kerana dapat bekerjasama dengan pengarah Aidilfitri Mohamad Yunos dalam drama berkeaan.“Saya menggemari cara pengarahan Abang Aidil kerana drama arahannya kelihatan moden dan banyak ruang yang besar.“Kalau boleh saya mahu bekerja dengannya lagi selepas ini,” katanya.Penonton boleh menyaksikan drama Mantera Anjasmoro pada setiap Khamis, pukul 9 malam mulai 3 Mac ini di TV3.