suria

Kontroversi Tidak Jejas Ratu The Movie

Barisan pelakon-pelakon Ratu The Movie.
Barisan pelakon-pelakon Ratu The Movie.
Barisan pelakon-pelakon Ratu The Movie.

PETALING JAYA: Penerbit Lineclear Motion Pictures (Lineclear), Abdul Latiff Mohaideen memberitahu kontroversi yang ditimbulkan oleh pemenang Persona Ratu, Nur Eina Azman tidak menjejaskan sebarang promosi dan perjalanan Ratu The Movie yang bakal ditayangkan 17 Mac ini.

Latiff berkata, perkara tersebut berlaku bukan untuk meraih publisiti murahan tetapi merupakan kesilapan produksi kerana mengambil pelakon yang kurang cerdik.

"kontroversi yang berlaku bukan bertujuan untuh mendapatkan publisiti atau mempromosi filem ini, ia berlaku di luar kawalan produksi.

"Mungkin itu ada kesilapan kami kerana mengambil pelakon dari kalangan budak bawah umur. Bagi saya dia masih belum bersedia untuk masuk dalam industri ini," katanya.

Eina didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan membuat fitnah terhadap penerbit filem Ratu The Movie itu mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bkay Nair.

Bagaimanpun, lanjutan perkara itu, Latiff memberitahu bahawa apihaknya telah menghantar notis daripada peguam yang menuntut agar Eina membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu.

"Kami telah gugurkan nama dia dari senarai Pesona Ratu, namun kami bersedia memaafkan dia sekiranya dia sanggup buat permohonan maaf secara terbuka.

"Kami pun tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi, cuma tindakan undang-undang tersebut terpaksa dilakukan kerana kita tidak mahu keadaan menjadi bertambah buruk.

"Saya pun faham dia masih terlalu muda. Tandatangan surat mohon maaf yang dikirimkan kepadanya dan perkara ini boleh diselesaikan secara baik," ujarnya.

Sementara itu, pengarah filem ini, Professor Razak Mohaideen mengakui berhadapan dengan banyak cabaran terutamanya berhadapan dengan barisan pelakon baru yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon.

"Kesemua mereka kecuali Fouziah Gous merupakan kali pertama berlakon. Banyak banda yang perlu mereka belajar terutama berada di hadapan kemera.

"Oleh itu sepanjang penggambaran itu juga kami sediakan kelas-kelas untuk persediaan kepada mereka berhadapan dengan dunia lakonan luar," katanya.

Kesembilan pelakon tersebut kini berada bawah pengurusan Lineclear dalam tempoh setahun, bagaimanapun menurut Latiff, mereka bebas untuk berlakon di bawah mana-mana produksi lain tanpa dikenakan bayaran seperti yang biasa dilakukan pengurusan lain.

"Mereka akan berada di bawah pengurusan kami selama setahun, Insya-Allah selepas filem ini, ada lagi filem yang akan menyusul.

"Kita juga tidak akan menghalang untuk mereka menerima tawaran daripada produksi luar.

"Namun kita tidak akan mengenakan sebarang bayaran atau memotong dari hasil yang mereka dapati," katanya.

Ketika ditanya tentang sasaran kutipan terhadap filem tersebut, Razak memberitahu tidak meletakkan sebarang sasaran memandangkan terlalu banyak filem Melayu memenuhi pawagam.

"Kita tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap filem ini. Namun begitu kami hanya mengharapkan yang terbaik," ujarnya.

Filem Ratu The Movie berkisarkan tentang perjalanan sebuah program realiti berjudul Pesona Ratu.

Seramai 10 orang calon Persona Ratu akan berjuang untuk hidup di dalam sebuah hutan.

Namun tanpa mereka sedari pengiraan markah diambil melalui sikap mereka ketika membawa diri di dalam hutan tersebut.

Artikel Sebelum

Taylor Swift Temui Cinta Baru

Artikel Berikut

Artikel Lain