suria

Filem Ratatouille Temui Penonton TV1

PETALING JAYA: Cuti penggal persekolahan selama seminggu yang sudah pun bermula Sabtu lalu pastinya detik yang paling ditunggu-tunggu.

Pendekatan itu turut direalisasikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengajak penonton setia salurannya berhibur dengan gelagat tikus kecil yang mencuit hati menerusi filem Ratatouille yang akan disiarkan pada 17 Mac 2011, pukul 2.05 petang di TV1.

Ratatouille adalah sebuah filem animasi komputer yang dilancarkan pada tahun 2007. Filem yang dihasilkan oleh Pixar dan diedar oleh Walt Disney Pictures telah berjaya mendapat tempat di hati penonton tanpa mengira peringkat umur dan bangsa.

Diarahkan oleh Brad Bird, kisah Ratatouille yang sebutannya diambil berasal daripada nama makanan Perancis ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak sebaliknya orang dewasa yang meminati bidang animasi.

Kisahnya bermula dengan watak seekor tikus bernama Rémy (Patton Oswalt) mempunyai impian menjadi seorang tukang masak Perancis yang luar biasa. Namun keinginan tersebut adalah mustahil sebab Rémy berasal dari sebuah keluarga binatang perosak.

Ketika itu nasib membawa Remy ke salah satu lorong di Paris di mana ternyata mereka sebenarnya berada di bawah sebuah restoran dengan tukang masak terkenal, Auguste Gusteau.

Kemudian, dia berjumpa dengan Languini, seorang budak yang baru bekerja di restoran tersebut, bersama-sama mengubah nasib mereka berdua di bandar romantik itu.

Selain Patton Oswalt, filem ini turut menggunakan suara Lou Romano, Peter Sohn, Brad Garrett, Janeane Garofalo, Ian Holm dan Brian Dennehy dalam menjayakan watak yang ada.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain