Andhika ditahan polis selepas penemuan 20-40 kilogram ganja. Gambar petikan portal inilah.comJAKARTA: Anggota kumpulan Kangen Band, Andhika dikatakan sudah lama mengalami ketagihan dadah dan dipercayai menghisap ganja secara sembunyi.Rakannua Bebe memberitahu portal inilah.com, dia sudah lama mendengar berita tersebut tetapi Andhika tidak pernah memberitahun tentang perbuatannya itu. “Kalau nak sahkan mengenai perkara itu, saya tak tahulah tetapi sudah lama orang bercerita yang dia memang ketagih ganja,” katanya ketika menjenguk Andhika yang ditahan oleh polis.Pada 12 Mac lalu, Andhika telah ditangkap oleh polis dengan barang bukti berupa 20 hingga 40 kilogram ganja.“Saya tak tipu, dia memang mengambil ganja sejak dulu,” katanya.