PETALING JAYA: RTM1 bakal menyiarkan drama bersiri berjudul Anum setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 9 malam.Ia akan menemui penonton bermula Khamis (hari ini) Drama 13 episod ini berkisar mengenai seorang wanita bernama Anum yang memiliki sifat tegas selain merasakan ada sesuatu yang tidak betul dijalankan oleh syarikat tempat dia bekerja.Dalam mencari kepastian tersebut, Anum turut terlibat dalam konflik cinta tiga segi dengan pemilik kepada syarikat berkenaan.Watak Anum akan dilakonkan oleh pelakon Zaryn Min, bergandingan dengan beberapa pelakon popular seperti Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Roy Azman, Datuk Jalaludin Hassan dan Rosnah Johari.Drama yang menghiasi slot Mahligai ini berlatarkan kisah Megat dan Khir iaitu adik beradik yang sentiasa hidup bercakaran sejak kecil lagi.Mereka sentiasa bersaing dalam apa saja perkara sehingga mereka meningkat dewasa dan bekerja di syarikat Iskay Sdn Bhd, milik Iskandar dengan gaji yang lumayan.Biarpun bekerja di bawah satu syarikat, namun hubungan Megat dan Khir tetap dingin sehingga adakalanya menganggu perjalanan tugas mereka di pejabat.Khir sentiasa mengambil peluang untuk mensabotaj kerja-kerja Megat.Bagaimanpun Anum berjaya menghidu kes penyeludupan dadah yang berlaku.