LONDON: Bintang Vanessa Hudgens (gambar) menafikan dakwaan dia berpacaran dengan pelakon Josh Hutcherson setelah aktor itu berpisah dengan Zac Efron. Hudgens baru-baru ini terlibat dalam "Journey 2: The Mysterious Island’ sebagai pelakon pembantu telah dilihat menghadiri satu pesta dan menghabiskan masa bersama.Bagaimanapun dia berkeras hubungan itu hanya sebagai kawan dan bukannya kekasih. ”Saya masih bersendiri,” katanya seperti dipetik Daily Express seperti diberitahu kepada seorang pengacara televisyen, Ellen DeGeneres.Bagaimanapun ketika pengacara televisyen itu menunjukkan gambar Hudgens bersama Hutcherson, aktres itu sebaliknya bertanya adakah salah seseorang gadis ingin memiliki teman?“Aww... saya cintakan dia. Kami hanya melakukan penggambaran bersama dan mampu meluangkan masa terbaik,” katanya.