Hector dan Miguel.PETALING JAYA: The Amazing Race, rancangan realiti televisyen kegemaran ramai kini kembali dengan musim terbaru berjudul The Amazing Race: China Rush.Siri The Amazing Race merupakan pemenang Anugerah Emmy sebanyak tujuh kali bagi kategori Pertandingan Realiti Terbaik dan berjaya mencipta fenomena di persada antarabangsa. “The Amazing Race: China Rush” menampilkan 10 pasangan yang perlu melalui pelbagai sukan lasak dalam perlumbaan mereka ke 11 lokasi di China. Seperti biasa, peserta yang gagal akan disingkirkan.Siri realiti 12 episod ini dihoskan oleh Allan Wu dan akan ke udara buat pertama kalinya di saluran ntv7 pada setiap Jumaat mulai 1 April ini pukul 8.30 malam.Sebanyak 17 kamera, 80 krew dan 20 peserta yang bersemangat berada di China selama 30 hari bagi merakamkan siri realiti ini.Perlumbaan mereka bermula di Shanghai dan seterusnya ke 10 lokasi di sekitar bandar China sebelum pulang semula ke Shanghai.Peminat rancangan realiti ini bukan sahaja dapat mengikuti peserta yang berlumba untuk bergelar juara, malah pelbagai budaya eksotik dan tinggalan sejarah juga akan disampaikan kepada penonton.“Kami ingin perkenalkan ciri-ciri unik serta pemandangan China yang menark menerusi rancangan realiti ini."Kami juga telah membuat rakaman di kawasan yang belum pernah dirakamkan oleh pihak lain dan ini akan menarik minat pelbagai bangsa dan penonton,” kata pengarahnya, Eric Ransdell.Seramai 20 finalis yang terpilih berasal dari pelbagai negara di dunia, seperti Australia, Kenya, India, Mexico, Latvia, America, England, dan Canada. Antara mereka merupakan ekspatriat yang menetap di China.Mereka adalah Hector dan Miguel dari Mexico, Sean dan Amy (Amerika), Naresh dan Deepak (India), Karen dan Lisa (Amerika), Rachel dan Charlie (Amerika Syarikat & Australia).Turut serta Bonnie dan Mel (Amerika), Rick dan Josh (Australia), Aleksandra dan Janis (Latvia), Paul dan Francis (Kenya) serta Molly dan Sarah (Amerika Syarikat & England).“Ini merupakan kali pertama The Amazing Race membariskan peserta dari pelbagai negara kerana sebelum ini, peserta biasanya terdiri daripada penduduk negara tuan rumah. Inilah yang menjadikan Amazing Race: China Rush ini unik”, kata Ransdell.Dalam siri tersebut peserta perlu berdepan dengan halangan bahasa, perbezaan budaya, persekitaran yang asing, serta cabaran fizikal dan mental.Pasukan yang berjaya menjuarai rancangan ini akan memenangi hadiah utama, iaitu sebuah pakej perlancongan yang membolehkan mereka mengelilingi dunia tajaan Travelzen.com.