Edry Abdul Halim (kiri) dan protegenya Ika dalam program Mentor 5CYBERJAYA: Komposer Edry Abdul Halim tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak elemen drama dalam program Mentor musim kelima di TV3.Katanya, selepas berbincang dengan penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa, Edry nekad enggan mengikut skrip 'drama' yang disediakan bagi mengelak dirinya diperbodohkan. "Saya hanya akan melakukan perkara yang saya mahu demi mencapai misi saya untuk mengajar ilmu muzik kepada protege."Saya tidak membidas mana-mana mentor atau protege sebaliknya kepada program tersebut dengan menegur penerbit agar mengurangkan elemen berlakon."Saya tidak selesa apabila disuruh mengikut skrip drama yang diberikan kerana rasa seperti diperbodohkan," ujarnya di sini, Jumaat.Tambahnya: "Saya menyertai program ini kerana hendak mengajar seorang protege untuk bergelar penyanyi dan bukannya untuk berlakon."Jadi, setelah saya meluahkan perkara ini kepada pihak penerbit, mereka bersikap terbuka dan bersetuju agar saya tidak berlakon."Jelasnya, dia tidak bersetuju apabila mentor perlu berlakon memarahi protege yang dirasakan seperti marah tidak bertempat dan visual seperti aksi melaga-lagakan antara satu sama lain."Saya tidak akan terlibat dalam rakaman visual yang mengikut skrip mereka sebaliknya akan lebih memberikan tumpuan kepada protege saya."Jangan terlebih sensasi kerana kami semua mempunyai reputasi tersendiri. Saya tidak mahu menang kerana simpati," katanya.Menyentuh tentang protegenya, Edry berkata masih awal untuk mengukur kebolehan Ika kerana rancangan itu baru memasuki minggu kedua.Selain bergelar mentor kepada Ika, pengarah filem Magika ini sedang sibuk menyiapkan skrip filem terbarunya berjudul 29 Februari.