Amy AdamsLONDON: Aktres Amy Adams telah dipilih untuk memegang watak Lois Lane dalam francais terbaru filem superhero, Superman. Adams bakal berpasangan dengan aktor British Henry Cavill yang menggalas watak Clark Kent/Superman.Menurut pengarahnya Zack Snyder seperti dipetik portal dailystar.co.uk, pemilihan pelakon untuk watak penting itu bukan tugas mudah pada awalnya. Namun. selepas bertemu Adams, dia percaya pelakon filem The Fighter itu mampu menggalas watak tersebut dengan baik kelak."Kami telah menjalani proses pencarian pelakon yang rumit dan secara meluas untuk mendapatkan aktres paling sesuai bagi watak Lois Lane."Bagaimanapun, segalanya terjawab selepas saya bertemu dengan Amy Adams. Saya yakin dia mampu menggalas watak itu dengan baik," kata pengarah berusia 38 tahun itu.Selain gandingan Adams dan Cavill, francais keenam filem itu turut menampilkan Diane Lane dan Kevin Costner sebagai Martha and Jonathan Kent.