suria

Benjy Dimasukkan Ke ICU

Gambar fail ketika Benjy ditahan polis tidak lama dulu.
Gambar fail ketika Benjy ditahan polis tidak lama dulu.
Gambar fail ketika Benjy ditahan polis tidak lama dulu.

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, dekat sini, Rabu, kerana menghidap asma.

Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas.

"Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buat rawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas.

"Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini dengan menggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya.

"Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia," ujarnya.

Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin.

"Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini.

"Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini.

"Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean.

Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain