Hafiz, Dafi dan Tyzo gembira dapat bertemu dengan peminat mereka, Ashraf. Foto M.RAJANPETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Muhammad Ashraf Abdul Saleem, 22, menerima kejutan apabila tiga selebriti iaitu Hafiz, Dafi dan deejay Suria fm Tyzo berkunjung ke rumahnya sempena acara Bersarapan Pagi bersama mStar dan Suria fm di Kelana Jaya disini, Ahad.Tiga seleberiti tersebut turut disambut oleh ibu Ashraf, Nilofar Zam Zam, 46, yang mengalu-alukan kedatangan mereka. Kesemua mereka turut menikmati sarapan pagi iaitu nasi lemak yang disediakan oleh pihak mStar serta nasi beriani dan kuih muih yang dimasak sendiri oleh ibu Ashraf.Menurut Ashraf, dia gembira dan tidak menyangka bahawa borang penyertaan yang dihantar dua minggu lepas bagi menyertai aktiviti itu dipilih oleh pihak mStar."Pada mulanya borang penyertaan yang dihantar itu sekadar suka-suka sahaja memandangkan saya tahu bukan senang untuk menjadi pemenang bertuah."Inilah kali pertama saya menerima kunjungan di kalangan selebriti ke rumah saya. Lebih-lebih lagi saya merupakan salah seorang peminat mereka."Saya harap aktiviti sebegini perlu diteruskan untuk mengeratkan lagi keakraban antara pembaca dan selebriti. Atau mungkin mengadakan aktiviti seperti artis bercuti bersama pembaca," tuturnya.Sementara itu, Dafi berpendapat, aktiviti yang berkonsep sarapan pagi bersama pembaca perlu diadakan selalu untuk merapatkan silaturrahim antara satu sama lain dan pada masa yang sama ia juga mengisi masa terluang pembaca yang tidak mempunyai sebarang rancangan beriadah di hujung minggu.Hafiz pula berkata, walaupun hanya sekadar bersarapan pagi, ia merupakan sebuah aktiviti yang menarik dan pada masa yang sama ia juga boleh memperluaskan lagi skop pembaca mStar.Manakala Tyzo pula berkata, pengalaman bersarapan pagi bersama pembaca amat jarang sekali berlaku dan sekurang-kurangnya, para selebriti juga dapat mengenali peminat masing-masing dengan lebih dekat."Maklumlah, selalunya kita hanya berkomunikasi dengan peminat di atas pentas atau radio. Jadi bila kita datang ke rumah mereka, ia pastinya satu pengalaman bermakna buat mereka," ujarnya.Sarapan Pagi Bersama mStar dan Suria fm yang ditemani dengan selebriti popular bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara pembaca, pihak akhbar dan selebriti.Malah pembaca akhbar Mingguan mStar berpeluang menerima kejutan apabila artis popular terpilih akan hadir untuk bersarapan pagi di rumah mereka bersama geng mStar dan juga deejay popular Suria FM.Acara ini akan diadakan setiap dua minggu sekali bermula 10 April sehingga 22 Mei depan.Untuk menyertai kejutan ini, para pembaca dikehendaki mengisi borang penyertaan dengan mendapatkan akhbar Mingguan mStar yang diedarkan sekitar Lembah Klang pada setiap Ahad (diterbitkan bersama Sunday Star).Menerusi borang tersebut, pembaca dikehendaki menulis maklumat peribadi berserta sebaris ayat yang mudah dan hantarkan kepada pihak kami untuk pemilihan.Pemenang bertuah akan dihubungi oleh pihak penganjur dan mereka berpeluang untuk menerima kunjungan artis pada suatu pagi di hari minggu yang indah.