KUALA LUMPUR: Kumpulan rock popular, Wings bakal menjadi artis pertama di negara ini yang menggunakan teknologi 'Live Streaming' untuk konsert Wing Opera Hidup. Konsert itu bakal berlangsung pada 29 April hingga 1 Mei ini di Panggung Istana Budaya menerusi Asyik.TV. Melalui teknologi itu, para peminat yang berada di luar Kuala Lumpur mahupun luar Malaysia boleh menyaksikannya konsert tersebut secara langsung menerusi Internet.Selain itu, peminat Wings boleh menyaksikan konsert berkenaan dengan kualiti HD dengan harga semurah RM15.Mereka juga akan disajikan dengan akses eksklusif klip-klip video menarik sewaktu raptai, aktiviti belakang tabir dan juga temuramah bersama kumpulan khas.Pakej ini juga memberi peluang kepada peminat Wings dan penggemar muzik rock tanah air untuk melihat sendiri kelainan persembahan yang bakal dibawakan oleh kumpulan ini bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, melibatkan 43 pemuzik dan 16 orang penyanyi koir.Penganjuran konsert yang julung-julung kalinya ini juga amat dinanti-nantikan oleh peminat setia Wings.Untuk melanggan pakej ini sila layari laman web rasmi Wings- www.sayap2wings.com, asyik.TV atau hubungi 0192537575