suria

Hadiah Artis Sempena Hari Ibu

Bil Azali.
Bil Azali.
Bil Azali.

PETALING JAYA: Ungkapan kasih ibu membawa ke syurga sudah terbiasa kita dengar. Ada juga menambah, tidak cium bau syurga jika menderhaka kepada ibu.

Sempena hari ibu yang jatuh pada 8 Mei, mStar Online ingin berkongsi idea menarik artis tentang hadiah istimewa untuk ibu masing-masing.

Bil Azali (Pilih Kasih 2)

Nama ibu: Azizah Ahmad

“Kek black forest sebab kek menjadi simbolik kepada pelbagai jenis perayaan.”

Wardina Safiyyah

Nama ibu: Asmah Abdul Ghani

“Sebab ummi (ibu) jauh di Australia, saya hanya memberikan ucapan melalui telefon dan mendoakan kesejahteraan ummi. Saya juga memegang nasihatnya supaya tidak melupakan al-Quran melakukan ibadat-ibadat sunat. Kata ummi, kalau saya lakukan, itulah hadiah cukup bermakna buat dirinya.

“Saya tahu ummi saya tidak mengharapkan hadiah tetapi hanya inginkan anak-anaknya menjadi Muslim yang baik yang takutkan Allah.”

Zain Saidin

Nama ibu: Siti Aishah Abdullah atau Gloria Carol Mann

“Saya sedang menjalani penggambaran di Perlis sehingga 12 Mei ini. Apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti, saya bercadang membawa ibu makan berdua-duaan di restoran pilihannya.”

Zizan Nin

Nama ibu mertua: Fatimah Md Shah

“Saya belikan minyak wangi dan bawa keluar makan malam.”

Jojo Struys

Nama ibu: Irene Struys

“Saya akan habiskan masa dan melakukan aktiviti bersama-samanya seperti makan tengah hari dan berbual pasti menarik kerana kita tidak boleh ‘membeli’ masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengannya. Lagipun dia tinggal berjauhan dari saya iaitu di Singapura dan Johor Baru.”

Sharnaaz Ahmad

Nama ibu: Marina Puteh

“Mama saya suka gajet, jadi saya bercadang untuk membeli gajet seperti BlackBerry atau iPad sebagai hadiah hari ibu. Lebih-lebih lagi hari jadi mama juga jatuh pada bulan ini iaitu 16 Mei.”

Amar Baharin (Kau dan Aku)

"Saya akan belikan hadiah kek dan beg tangan."

Artikel Sebelum

Artikel Lain