suria

'Gurukah Aku' Sanjung Guru Yang Mengajar Di Pedalaman

Lakonan mantap Siti fazurina dan Mysarra dalam 'Gurukah Aku'.
Lakonan mantap Siti fazurina dan Mysarra dalam 'Gurukah Aku'.
Lakonan mantap Siti fazurina dan Mysarra dalam 'Gurukah Aku'.

PETALING JAYA: Bersempena dengan Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan drama khas Gurukah Aku pada tarikh berkenaan pada pukul 1.30 petang menerusi saluran TV2.

Menampilkan lakonan hebat pelakon Faizal Yusof, Siti Fazurina, Zuhairi Ibrahim, Ben Kenobie, Mysarra dan Zain Yahya, ia mengisahkan pengorbanan guru yang sanggup mengharungi rintangan dan cabaran dalam membangunkan pendidikan di kalangan anak-anak Orang Asli.

Ia mengisahkan Cikgu Kamal dan Cikgu Siti Zarina yang berusaha mengajak masyarakat Orang Asli menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Bagaimanpun mereka terpaksa berdepan dengan masalah pelajarnya, Nina, yang tidak dapat ke sekolah kerana masalah kewangan.

Nina dipaksa oleh ibu bapanya untuk berhenti sekolah dan membantu mereka mencari hasil hutan serta menoreh getah.

hal tersebut diketahui oleh kedua-dua cikgu tersebut dan mereka membuat keputusan untuk mengambil Nina sebagai anak angkat dan menanggung segala perbelanjaan sekolah.

Bagaimanapun hasrat murni mereka mendapat tentangan hebat daripada Cikgu Aman yang tidak suka dengan kehadiran mereka. Malah pada masa yang sama dia merasa iri hati dengan Cikgu Kamal kerana menjalinkan hubungan rapat dengan Cikgu Siti Zarina.

Satu hari beberapa peralatan komputer sekolah telah hilang dari makmal. Cikgu Aman tahu bahawa beberapa budak nakal dari kawasan Felda berdekatan mencurinya.

Tetapi demi kepentingan peribadi, Cikgu Aman bersubahat dengan budak-budak nakal ini untuk mengenakan Cikgu Kamal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain