Yeo Yan YanMEMPUNYAI matlamat tersendiri apabila mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Golden Awards 2010, Yeo Yann Yann mengakui berada di landasan yang betul untuk bergelar seorang anak seni.Dia yang sebelum ini terkenal di negara jiran, Singapura menganggap percaturannya untuk melebarkan sayap di negara sendiri adalah keputusan yang tepat. Bagaimanapun, Yann Yann mengakui selepas memenangi anugerah tersebut melalui drama bersiri Iron Lady, perjalanan kariernya semakin rancak.“Saya sedang menyesuaikan diri dengan banyak perkara, jika dulu saya akan mengambil tawaran berlakon teater atau filem dalam sesuatu tempoh masa dan kemudian akan berehat sementara menanti projek lain.“Tapi tahun ini agak berbeza, saya tidak punya banyak masa antara satu projek dengan projek seterusnya. Namun begitu ia satu perkara yang baik dan cabaran baru dalam hidup saya.“Saya tiada masa untuk berehat dan mengajar diri untuk bekerja lebih kuat bekerja,” katanya.Wanita berusia 33 tahun ini menganggap usia bukan halangan baginya untuk berada dan bersaing dalam industri seni tempatan. Lebih 12 tahun bergelumang dengan industri seni hiburan Singapura dan berlakon dalam filem filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu filem Muallaf pada 2008, Yann Yann yakin dirinya belum terlewat untuk mengejar populariti.Gila kerjaAnak kelahiran Johor Baru ini mengakui dirinya terlalu cintakan kerjaya lakonan. Apa juga yang dilakukan dalam bidang ini tidak pernah menganggap ia satu keterpaksaan atau pekerjaan.“Hidup saya hanya pada kerjaya. Sejak memasuki usia 30 tahun, fokus hanya pada kerjaya kerana bagi saya kerja memberi satu kepuasan dalam hidup berbanding perkara lain,” katanya.Bercerita tentang peribadi, Yann Yann mengakui dia sudah mempunyai seseorang teman istimewa dalam hidupnya yang telah dikenali sejak empat tahun lalu.“Saya sedang berkawan dengan seseorang yang kini sudah empat tahun dengannya. Dia kini menetap di Johor Baru dan hubungan kami seperti hubungan jarak jauh.“Dengan jadual kerja yang agak padat, saya memerlukan lelaki yang dapat memahami dan bertolak ansur dengan kerja saya. Saya bernasib baik kerana dia bukan dari industri ini,” katanya.Belajar bahasaTidak mahu terus berada di takuk yang sama, Yann Yann sedang mempersiapkan diri untuk berada dalam pasaran drama dan filem Melayu. Sedar tahap penguasaan bahasa Malaysia masih lemah, dia tidak malu untuk mengambil kelas bahasa itu.“Saya sedar tahap penguasaan bahasa ibunda ini masih lemah dan untuk berada dalam pasaran Melayu saya harus perbaiki lagi. Bukan saya tidak faham tapi cuma tidak boleh bertutur dengan baik sahaja.“Bukan saya sengaja mengabaikan kepentingan berbahasa ini, tetapi ia banyak dipengaruhi dengan faktor sekeliling,” katanya.