AdelePENYANYI dari England, Adele yang semakin popular ketika ini mengatakan yang dia sanggup meninggalkan karier nyanyiannya untuk mendapatkan cinta sejati.Adele mengakui yang dia menyesal tidak berusaha menyelamatkan hubungan percintaan bersama bekas teman lelakinya. "Saya tidak mungkin dapat memaafkan diri sendiri kerana tidak berusaha menyelamatkan hubungan kami kerana dia merupakan cinta sejati saya, " kata penyanyi yang popular dengan lagu Rolling In The DeepMenurut Adele lagi, bekas kekasihnya adalah inspirasi dalam pembikinan albumnya yang bertajuk 21."Saya akan mengorbankan persahabatan malah kerjaya saya untuk cinta yang terbaik,""Kami mempunyai kegemaran dan pemikiran yang sama, mungkin itulah yang dicari saya di dalam diri seseorang lelaki," beritahunya pada majalah Out.