suria

Hang Tuah & Hang Jebat Moden Dalam Tyickoouns

Barisan Pelakon Teater Tyickoouns. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT.
Barisan Pelakon Teater Tyickoouns. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT.
Barisan Pelakon Teater Tyickoouns. Foto THE STAR Oleh: SHAARI CHE MAT.

KUALA LUMPUR: Berlatarkan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, teater Tyickoouns memaparkan kisah tersebut dengan unsur moden seperti gangsterisme.

Teater ini sedang dipentaskan bermula 21 Mei lalu sehingga 29 Mei ini bermula pukul 8 malam manakala pada 23 hingga 25 Mei (Matinee) pukul 3 hingga 4.30 petang di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Seramai 70 orang yang terlibat dalam teater berdurasi satu jam 30 minit ini. Antaranya adalah Namron, Amerul Affendi, Zahiril Adzim, Ammar Armada, Mardiana Alwi dan Wanji Aswandi.

"Kami menyerapkan unsur moden ke dalam kisah Hang Tuah dan Hang Jebat serta memasukkan konsep gangsterisme bagi menunjukkan sebuah kampung yang mempunyai kepincangan sistem.

"Kami menggambarkan watak Hang Jebat kepada Manan manakala Hang Jebat (Long)," kata penulis skripnya, Khairunazwan Rodzy.

Tambahnya: "Jika diperhatikan sesetengah dialog, petikan katanya diulang tiga kali seperti 'jadi tikus' yang memberi makna walaupun kawasan tersebut telah rosak, kita harus membuat pilihan tersendiri.

"Pilihan itu juga bersempena dengan pilihan raya yang akan diadakan nanti."

Dalam pada itu, Namron sebagai pelakon paling senior dalam teater itu menganggap berlakon dengan pelakon muda memberikan semangat yang berbeza kepada dirinya selain merasakan skrip karya tersebut agak puitis.

Sementara Zahiril Adzim masih setia dengan teater walaupun sibuk dengan drama atau pun filem.

"Saya tetap akan berlakon teater kerana saya telah menceburi bidang teater sejak dulu lagi. Lagipun, banyak perkara yang saya ingin timba dalam bidang lakonan," katanya.

Kebanyakan pelakon teater ini melibatkan graduan jurusan seni teater dari semua institut pengajian tinggi di negara ini.

Tyikoouns mengisahkan tentang kelab peribadi mewah milik Tycoon telah berada di bawah kuasaan Manan. Kelab itu telah menjadi tempat persembunyian Manan (Amerul Affendi) bersama pengikutnya yang mengamuk atas ketidakadilan kepimpinan Tycoon terhadap pekan Siem Pang.

Amukan ini berlaku setelah Long (Zahiril Adzim) menjadi mangsa tuduhan sebagai korban menutup kesalahan atas jenayah yang dilakukan oleh Tycoon.

Ramona (Mardiana Alwi), perempuan simpanan Tycoon yang menjadi pelayan wanita dalam kelas peribadi mewah itu telah berpakat dengan gerakan Manan untuk menjatuhkan Tycoon.

Tiket boleh didapati pada harga RM15 (pelajar) dan RM30 (dewasa). Untuk tempahan, hubungi 011-12447959 (Natrah).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AF9: Nera Tersingkir

Artikel Lain