suria

Jehan, Amylea & Aeril Buat ‘Kecoh’ Rumah Peminat

Para artis di rumah pembaca Mingguan mStar. - Foto NORAFIFI EHSAN
Para artis di rumah pembaca Mingguan mStar. - Foto NORAFIFI EHSAN
Para artis di rumah pembaca Mingguan mStar. - Foto NORAFIFI EHSAN

APABILA melangkah kaki ke Anjung Vila, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur milik seorang pembaca setia Mingguan mStar, ia seperti berkunjung ke rumah ahli keluarga sendiri.

Kedatangan Mingguan mStar pada Ahad lalu bersama empat selebriti iaitu Jehan Miskin, Aeril Zafrel, Amylea dan deejay Naim (Suria FM) disambut penuh mesra oleh Aminah Ibrahim, 66, bersama suami, Hashim Ahmad, 72, dan saudara-mara mereka bersama pelbagai hidangan sarapan pagi.

Aminah atau lebih mesra dipanggil Mak Su telah menghantar penyertaan untuk aktiviti Bersarapan Pagi bersama mStar dan Suria FM.

Dia sebenarnya hendak membuat kejutan kepada anak lelakinya, Mohd Kamil Affendi Hashim, 29, yang susah bangun pagi.

tetapi selepas memikirkan anak lelakinya mungkin tidak bersedia sekiranya pintu bilik diketuk oleh artis apabila mereka tiba di rumah, Aminah terpaksa membocorkan rahsianya untuk membuat kejutan itu.

Kata Aminah, selepas diberitahu menjadi pembaca bertuah, dia mahu artis-artis yang hadir muncul di dalam bilik anaknya supaya dia terkejut dan boleh bangun pagi. Tetapi apabila memikirkan beberapa perkara, Aminah terpaksa berterus terang kepada Mohd Kamil.

"Ini kali pertama rumah kami dikunjungi artis dan saya rasa sangat terharu. Ia bagaikan sebuah mimpi kerana saya sememangnya merupakan peminat kepada ketiga-tiga selebriti tersebut.

"Saya berharap kehadiran artis ini akan menjadi inspirasi kepada anak saya yang berhasrat untuk bertapak dalam bidang yang sama. Saya mahu dia berjaya seperti Jehan Miskin," katanya.

Tambah Aminah, sejak malam sebelum kunjungan para artis untuk bersarapan pagi di rumahnya, dia dan keluarga sibuk dengan pelbagai persiapan makanan untuk santapan tetamu yang akan hadir.

"Dari malam saya sibuk fikirkan apa yang ingin dihidangkan untuk sarapan pagi. Macam-macam dalam fikiran saya tapi ini sahaja yang termampu," katanya yang memasak lontong dan nasi lemak untuk majlis itu.

Sambil melayan tetamu, Aminah sempat menunjukkan koleksi barangan kesayangan seperti baju pengantinnya dan hadiah yang pernah dimenangi ketika menyertai pelbagai pertandingan.

Tidak habis di situ, suaminya yang mesra dengan panggilan Pak Su turut menghadiahkan para tetamu batu cincin setiap seorang sebagai tanda kenang-kenangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AF9: Nera Tersingkir

Artikel Lain