Desiree Tan (kiri) dan Faizal TahirKUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir yang sinonim dengan watak Superman menyimpan baju T lambang superhero tersebut sebanyak tiga buah almari.Koleksi baju-bajunya itu terdiri daripada baju-T yang dibelinya sendiri atau yang diterima sepanjang dia dilantik menjadi duta DC Comics Super Heroes, Malaysia. "Ada yang saya sangkut dan lipat. Tapi sejak akhir-akhir ini nampaknya kena lipat sebab jumlahnya semakin banyak dan almari pun sudah penuh."Selain baju, saya juga ada koleksi kasut dan barang-barang lain seperti patung dan aksesori. Semuanya menjadi koleksi peribadi kesayangan saya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Butik DC Comics Super Heroes yang terbesar di Asia, di pusat beli-belah Pavilion di sini, baru-baru ini.Menurut Faizal yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta, dia meminati watak Superman kerana adi wira itu banyak mempengaruhi zaman kanak-kanak dan zaman remajanya.Menerusi album terbarunya Adrenalin, dia juga mencipta sebuah lagu berkaitan watak seorang wira berjudul Superhero."Hampir setiap orang membesar dengan superhero tertentu dan saya membesar dengan watak Superman."Saya juga minat watak-watak superhero lain tapi Superman nampak lebih dominan dan pengaruhnya ada di situ," katanya yang turut meminati watak The Joker dalam filem Batman.Tahun ini merupakan tahun keempat Faizal bergelar duta jenama yang memasarkan produk-produk superhero terkenal dunia itu.Selain Faizal, penyanyi Desiree Tan turut dilantik bagi memperkenalkan jenama ini di Malaysia.Sepanjang tempoh tersebut, Faizal melihat satu evolusi telah tercetus apabila lebih banyak produk diperkenalkan mengikut peredaran masa."Dulu produk-produk superhero lebih kepada pakaian sahaja tetapi sekarang produknya sudah dipelbagaikan."Apabila saya meninjau butiknya, saya teruja kerana jenama ini bukan hanya keluarkan pakaian, tetapi juga ada 'thumb-drive', 'casing' telefon bimbit dan iPad serta banyak lagi," katanya.Walaupun watak-watak popular superhero dunia mempunyai penjenamaan kukuh dan menjadi kegilaan para peminatnya di seluruh dunia, namun aspek kualiti tetap diutamakan pengeluar produk."Saya tak pernah ada masalah dengan pakaian atau produk yang dikeluarkan. Tentang harga, saya rasa berpatutan dan ia bergantung kepada material atau jenis kain yang digunakan," katanya.Pengaruh watak Superman dalam hidup penyanyi ini cukup besar apabila Faizal pernah membuka baju dalam satu acara anjuran 8TV semata-mata mahu menunjukkan huruf "S" yang telah dicat pada badannya sehingga tercetus kontroversi tidak lama dulu.