KUALA LUMPUR: Chef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), 53, mendedahkan rahsia awet mudanya setelah berjumpa dengan produk minuman kesihatan Mavellous enam bulan lalu.Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini, ramai yang menegur kulitnya menjadi tegang dan wajahnya kelihatan lebih muda berbanding usianya. Malah, Serina turut menjadi salah seorang wakil pengedar Mavellous."Saya rasa teruja apabila dilantik menjadi duta produk ini dan tidak kisah tentang bayaran yang ditawarkan," katanya ketika ditemui di Bangsar, di sini, Selasa.Minuman yang dijual pada harga RM500 itu disasarkan kepada golongan berumur 20 tahun ke atas. Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan awet muda, merawat pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan mati pucuk.Produk ini dibuat daripada campuran buah-buahan seperti anggur, beri dan ceri.Dia berkata, setelah menggunakan produk itu badannya juga menjadi segar dan bertenaga lebih-lebih lagi waktu rehatnya sering terganggu akibat kerja yang tidak menentu."Saya rasa untuk muda tak perlukan suntikan dan rawatan lain yang boleh mendatangkan kesan buruk. Produk ini mampu menghalang seseorang mendapat kanser sel darah dan membuang toksin dalam badan."Saya mengesyorkan produk ini kerana ia sangat bagus terutama kepada mereka yang berumur," ujarnya.Dalam perkembangan lain, dia bakal menjadi tenaga pengajar kepada dua orang peserta program realiti masakan Masterchef Australia yang layak ke peringkat separuh akhir.Lebih menarik, dia juga akan mengacarakan program televisyen 26 episod berjudul My Family Feast Asia di saluran SBS Australia.Program ini akan menampilkan pelbagai perayaan melibatkan budaya di Asia termasuk Hari Gawai, bulan puasa, perkahwinan Melayu dan Hari Thaipusam.Selain itu, dia akan terlibat dalam program jelajah Ayamas di gedung membeli-belah Carrefour dan Giant di sembilan buah lokasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru dan Pulau Pinang.Pada Julai ini, Chef Wan juga akan melancarkan buku masakannya berjudul Best Wan Flavour Malaysia di Pulau Pinang.Chef Selebriti Terbaik Dunia 2009 di Gourmand Award, Perancis ini juga merupakan duta beberapa pertubuhan seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Duta Makanan Kementerian Pelancongan dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.