ALBUM terbaru penyanyi Lady Gaga berjudul Born This Way yang disita di Lubnan akhirnya diizinkan masuk dan diedarkan di seluruh negara Timur Tengah itu.
Seperti dipetik dari The Sun, peminat-peminat penyanyi lagu Poker Face itu bertindak membuat bantahan apabila mendapati album berkenaan diharamkan di negara tersebut.
Mereka membantah dan mengatakan bahawa usaha tersebut hanya sia-sia memandangkan kebanyakan mereka sudah mendengar lagu tersebut di Internet.
Justeru, pihak berkuasa Lubnan juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa album berkenaan sudah dibenarkan untuk pasaran dan dimainkan di stesen-stesen radio negara itu.
Sebelum ini, album penyanyi berimej pelik itu disita kerana salah sebuah lagu berjudul Judas mempunyai maksud yang dikatakan menyerang sesebuah agama.