suria

Selena Gomez Lelah & Kurang Zat

Selena Gomez. - Foto AP
Selena Gomez. - Foto AP
Selena Gomez. - Foto AP

LONDON: Penyanyi Selena Gomez yang juga kekasih kepada Justin Bieber dikejarkan ke hospital selepas dia mengeluh berasa mual dan sakit kepala yang teruk.

Portal New Kerala.com melaporkan, bintang remaja berusia 18 tahun itu mengakui mengalami keletihan selain kekurangan zat makanan.

“Saya mengalami kekurangan zat besi serta lelah,” katanya.

Selena sepatutnya membuat persembahan pada Jumaat ini bersama kumpulannya, The Scene bagi mempromosikan album terbaru “Monte Carlo” di Santa Monica, California, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun akibat kejadian itu, acara berkenaan terpaksa dibatalkan dan akan ditunda selepas pada Isnin depan.

Penyanyi itu turut berterima kasih kepada para peminatnya yang memahami keadaan kesihatannya itu yang tidak mengizinkan.

"Jika kamu datang pada hari Jumaat, saya amat menyesal kerana tidak boleh menghiburkan anda semua dalam acara itu kerana saya berada di wad. Jujurnya, saya sayang kamu semua,” katanya

Artikel Lain