Mohd Mahyidin MustakimPETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal memperkenalkan perkhidmatan e-Lesen kepada para penerbit filem yang ingin membuat permohonan lesen filem tidak lama lagi.Menurut ketua pengarahnya, Mohd Mahyidin Mustakim, perkhidmatan e-Lesen merupakan sebuah sistem yang memudahkan pihak penerbit melakukan permohonan dengan lebih mudah iaitu secara dalam talian. "Apabila e-Lesen diperkenalkan, pihak penerbit tidak perlulah bersusah payah datang ke Finas untuk mengisi borang permohonan lesen filem. Dan semua permohonan itu boleh dibuat menerusi Internet sahaja."Malah dengan perkhidmatan tersebut, ia boleh mempercepatkan proses pengeluaran lesen penerbitan dan pengedaran yang hanya mengambil masa selama empat hingga lima hari berbanding sebelum ini yang mengambil tempoh panjang iaitu dua minggu," katanya pada Malam Penghargaan Industri Filem 2011 di sini, Rabu.Tambah Mahyidin, dengan melakukan penambahbaikan di Unit Perlesenan tersebut, ia dapat membantu proses penerbitan perfileman berjalan dengan lancar.Malah, pihaknya juga sedang berusaha untuk mempercepatkan proses pengeluaran lesen dalam tempoh sehari memandangkan lebih daripada 600 pemohon lesen diterima dalam jangka masa enam bulan pertama tahun ini.Selain itu, Finas turut mengemaskinikan sistem e-Gafim yang merupakan sebuah perkhidmatan proses pendaftaran, kemas kini dan penyeragaman maklumat individu yang berdaftar dengan mana-mana persatuan yang berdaftar dengan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim)."Pihak kami juga sedang mengkaji sistem kutipan tiket di mana setiap jualan tiket di kaunter panggung wayang akan di rekod terus ke sistem e-Gafim, ujarnya.Sementara itu, mengenai malam Penghargaan Industri Filem 2011, ia bertujuan untuk menghargai penggiat-penggiat seni serta bakat baru yang cuba menceburi bidang berkenaan."Memang ini bukanlah sebuah majlis yang besar seperti Festival Filem Malaysia (FFM) tetapi ini lebih kepada pihak penerbit yang memperoleh pengiktirafan di luar negara."Dalam pada itu, majlis ini juga khas buat orang luar yang mencuba bakat dalam penulisan skrip. Apa yang membanggakan, mereka mempunyai bakat yang besar dalam bidang ini dan boleh menjadi pelapis penulis skrip yang berjaya pada masa akan datang," kata Mahyidin.Antara penggiat seni yang menerima Anugerah pencapaian Karyawan Filem Tempatan Di Peringkat Antarabangsa ialah Allahyarham Yasmin Ahmad (Pengarah terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-54 di Taiwan – filem Mualaf), Les Copaque Productions Sdn Bhd (menayangkan filem di 50 pawagam termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan India) dan KRU Studios Sdn Bhd (Tayangan filem Hikayat Merong Mahawansga di 69 buah negara).Pihak Finas turut memberikan sumbangan berjumlah RM4.7 juta kepada 12 penerbit filem di bawah skim Bantuan Khas Produksi Penerbitan.Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Trofi Samad Idris untuk kategori Media sempena Malam Penghargaan Industri Filem 2011:Pemenang pertama memenangi hadiah wang tunai RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000, masing-masing bersama trofi dan sijil. KATEGORI BAHASA MALAYSIA:Tempat Pertama: Ratnawati Rasidi (Berita Harian)Tajuk Artikel: Usah Hukum Filem, Drama Punca Gegala SosialTempat Kedua: Siti Ruqaiyah Hashim (Utusan Malaysia)Tajuk Artikel: Khazanah Bernama P.RamleeTempat Ketiga: Ku Seman Ku Hussain (Utusan Malaysia)Tajuk Artikel: Filem Tidak Manfaatkan Sastera KATEGORI BAHASA INGGERIS: Tempat Pertama: Zainal Alam Kadir (The Malay Mail)Tajuk Artikel: Ordinarily ExtraordinaryTempat Kedua: Faridul Anwar (New Straits Times)Tajuk Artikel: Not All Nostlagic Gems Get Second RunTempat Ketiga: Chok Suat Ling (New Straits Times)Tajuk Artikel: New Censorship Snips Away The Fun Too Organisasi Media yang memenangi Piala Pusingan Trofi Samad Idris: 1. Kategori Bahasa Malaysia: Berita Harian2. Kategori Bahasa Inggeris: The Malay Mail