LAMA sudah kita tidak mendengar khabar berita daripada bekas vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, ini.Kemunculan Ali yang juga merupakan bekas vokalis XPDC dan M’Pire di ruangan Zoom! minggu ini pasti mengubat kerinduan peminat-peminat yang menanti perkhabarannya. Penyanyi berusia 42 tahun yang popular dengan lagu Bunga Angkasa ini kini membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru, iaitu Sepi Rindu.Khas buat peminat-peminat Ali, OopStarz! memaparkan sebanyak 12 barangan kesayangannya dan semestinya, barang-barang tersebut merupakan kenangan Ali ketika bersama bekas-bekas kumpulannya dahulu.“Saya suka simpan barang-barang yang berkaitan dengan karier kerana saya tahu suatu hari nanti ia akan menjadi sebuah memori yang indah untuk dikenang semula.“Antara barangan yang paling banyak disimpan ialah keratan akhbar mengenai kumpulan-kumpulan saya. Bila baca balik, rasa seronok pula,” tuturnya. Apalagi, jom kita lihat barang-barang kenangan Ali ini.Telefon bimbit Telefon bimbit jenama Nokia 6510 ini digunakan sekitar tahun 1990-an dan harganya pada ketika itu RM400. Sayang sekali telefon ini sudah tidak boleh digunakan lagi melainkan baterinya ditukar.Kaset album Terra RossaWalaupun tidak mempunyai sarungnya lagi, Ali tetapi menyimpan kaset album pertama Terra Rossa yang diedarkan sekitar tahun 1991. Itu pun kata Ali, dia sempat membeli kaset tersebut di Brunei pada tahun 2000 yang pada ketika itu hanya tinggal satu salinan sahaja. Sebenarnya, Ali turut mempunyai koleksi pelbagai kaset album lagu di rumahnya. Dia akan mendengar semula lagu-lagu daripada album-album lamanya jika merindui kumpulan tersebut.Gambar-gambar lamaSekali sekala, melihat kembali foto-foto zaman muda dulu pasti menyeronokkan. Kata Ali, foto-foto tersebut diambil selepas dia menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kurusnya Ali masa muda!CincinCincin ini merupakan pemberian ibunya ketika dia berusia 11 tahun. “Saya sayang sangat cincin ini. Seingat saya harga cincin ini ialah RM400. Tak tahulah bagaimana rasanya kalau hilang,” ujar Ali. Cincin ini ibarat cincin pusaka yang menjadi azimat untuk Ali. Lebih terharu, ibunya yang telah meninggal dunia pada tahun 1985 itu sanggup berhutang untuk membeli cincin tersebut.Pisau tenteraAntara aktiviti kegemaran Ali ialah berkhemah di hutan dan pisau ini antara barang paling penting yang akan dibawanya.Kemeja T XPDCKemeja T ini merupakan kemeja keluaran pertama ketika nama kumpulan XPDC sedang berada di kemuncak kemasyhuran . Ia dipakai ketika penggambaran klip video lagu Alamak Kahwinkan Aku di Indonesia.PosterPenyanyi ini gemar menyimpan keratan akhbar mengenai dirinya kerana dia tahu satu hari nanti koleksi keratan akhbar itu akan menjadi memori yang indah apabila melihatnya. Ia juga akan dapat ditatap oleh anak cucu Ali suatu hari nanti. Pada masa itu kata Ali mungkin cucunya akan berkata; “Atuk aku dulu mat rock rupanya, haaa.”Risalah konsertWalaupun ada yang menganggap risalah ini remeh untuk disimpan, bagi Ali ia merupakan sekeping kertas yang amat bernilai dan meninggalkan memori yang indah di mana dia bersama ahli XPDC yang lain sama-sama berkempen mengedarkan risalah tersebut kepada peminat-peminat mereka.Gitar Gitar ini merupakan pemberian peminat Ali sekitar tahun 1990-an dan ia merupakan teman setia Ali ketika kebosanan. Bagaimanapun gitar tersebut sekarang ini hanya digantung di dalam rumah sebagai perhiasan.Poster RothmansKata Ali, dulu dia begitu meminati juara dunia perlumbaan motosikal berkuasa besar, Freddie Spencer dan poster ini menjadi salah satu perhiasan dalam biliknya sekitar tahun 1984.Jaket kulitTidak seperti sekarang, zaman dahulu, untuk membeli jaket kulit yang biasa ia agak mahal. Jaket yang dibeli Ali ini pula berharga lebih kurang RM400 setiap satu. Ali berkata selepas mendapat duit bayaran hasil persembahan yang dibuat, dia terus ke kedai kulit milik bapa rakannya iaitu Zack penyanyi kumpulan Budak Kacamata di Klang.Kemeja jalurInilah salah satu kemeja kesayangan Ali yang pernah dipakainya ketika mengadakan sebuah konsert pada tahun 1987. Sebenarnya baju ini pernah tertinggal di rumah rakannya dan setelah sekian lama, barulah ia diberikan semula kepada Ali. Kata Ali berseloroh, baju itu jika dipakainya sekarang dilihat seperti pekerja sebuah restoran makanan segera pula.Foto SAUFI NADZRI