suria

Erra Fazira Mampu Tahan Sabar

Erra Fazira
Erra Fazira
Erra Fazira

SUATU masa dulu, Erra Fazira terkenal dengan sikap lasak kerana minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi.

Namun naluri keibuan telah mengubah sedikit sikapnya itu lebih-lebih lagi selepas dikurniakan puteri kesayangan iaitu Engku Aleesya Engku Emran.

Pelakon filem Sembilu dan Maria Mariana ini mengakui sebelum ini dia sukar menahan sabar dan lebih mementingkan kerja berbanding perkara lain.

“Dulu saya seorang yang lasak. Saya tak sangka akan menjadi seorang ibu yang mempunyai sikap sabar dan lebih berlembut menguruskan Aleesya.

“Saya juga sebelum ini seorang yang mudah melenting dan jenis kuat kerja tetapi sekarang, saya boleh ketepikan kerja,” katanya kepada OopStarz!.

Ironinya, perubahan itu turut memberikan kesan positif kepada dirinya dalam memupuk sifat sabar.

“Perubahan ketara yang berlaku kepada diri saya apabila berjaya menjadi ibu yang baik. Saya perhatikan ada juga wanita yang berkerjaya tetapi mereka mampu menguruskan rumah tangga dan anak-anaknya,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, selama mana pun sibuk dia akan memastikan dapat meluangkan masa dengan anaknya walaupun hanya dalam tempoh satu jam.

Berikut ini selupuh soalan menarik Erra Fazira Motosikal berkuasa tinggi atau motor kapcai?

Motosikal berkuasa tinggi kerana saya puas apabila berkeadaan laju, rasa lebih tegang dan selamat. saya memilih motosikal Harley Davidson.

Buku masakan atau majalah?

Majalah keram saya suka permainan video tetapi jika perlu membalas e-mel, saya lebih suka menggunakan komputer.

Nescafe atau teh?

Saya tak boleh hidup kalau tak minum Nescafe. Biasanya, saya akan minum dua kali sehari.

Nasi lemak atau roti canai?

Nasi lemak kerana saya sukakan sambal. Lagipun roti canai merupakan makanan yang berat.

Upin&Ipin atau Shin Chan?

Upin &Ipin kerana kartun animasi itu lebih dekat dengan budaya negara ini.

Layan wayang atau DVD?

Tentulah wayang kerana lebih puas hati apabila menonton di skrin besar yang lengkap dengan sistem bunyi. Tapi saya menonton DVD jika ada filem tertinggal atau bosan di rumah.

Gincu atau pelembab bibir?

Pelembab bibir.

Kampung atau bandar?

Saya seorang yang suka suasana sibuk jadi memilih untuk tinggal di bandar tetapi kadangkala saya mahu juga suasana tenang di kampung.

* Artikel ini dipetik dari akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Klang.

Artikel Lain