suria

500 Ribu Tonton 'Skuad D6 Putrajaya' Di TV2

Barisan pelakon drama D6 Putrajaya
Barisan pelakon drama D6 Putrajaya
Barisan pelakon drama D6 Putrajaya

KUALA LUMPUR: Drama bersiri perisikan dan penyiasatan Skuad D6 Putrajaya di TV2 berjaya menarik hampir sejuta penonton pada episod pengenalannya yang disiarkan pada 4 Julai lalu.

Meskipun tidak membariskan nama-nama besar dalam bidang lakonan, drama arahan pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010, Fahmi Sarindi ini ternyata berjaya menarik perhatian penonton.

Drama kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini dibarisi oleh Hafidzudin Fazil, Qazem Nor, Lash Mokhtar, Xavier Fong, Zulaika dan Ruzanna Ibrahim selain mengundang Mubarak Majid, Syed Ali, Haji Abu Bakar Juah, Ery Putra, Shaharudin Thamby, Kenji Sawahi, Roslan Salleh, Wong Sip Nen, Namron dan Adam Corrie.

Drama ini memaparkan tugas-tugas anggota perisikan SPRM yang berhadapan dengan pelbagai dugaan, tipu helah dan perangkap dari pihak sindiket yang amat licik.

Untuk episod seterusnya iaitu bertajuk Ops KL Drift, Skuad D6 Putrajaya membawakan pula kisah Zack yang terlibat dalam pengubahsuaian kereta yang tidak mendapat lulusan dari pihak berkuasa.

Drama 13 episod ini disiarkan di TV2 setiap Isnin, pukul 9 malam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain