PENYANYI Beyonce (gambar) mengakui tidak pernah takut jika prestasinya merosot, kerana bagi penyanyi ini ketakutan tersebut akan membuatkan dirinya lebih tertekan.Seperti dipetik dari Splashnes.com, dia tidak mahu perasaan itu menyelubungi dirinya tetapi menganggap ia sesuatu yang harus dilawan. "Kegagalan dan kejatuhan adalah sesuatu yang sangat menakutkan seseorang artis, namun begitu kita tidak boleh membiarkan perasaan tersebut mengawal kita."Jika saya membuat sesuatu kesalahan, saya akan belajar daripada kesilapan itu. Saya tidak pernah takut jatuh kerana itu semua adalah ujian dan pengajaran bagi kita," jelasnya pada pelancaran album terbarunya Year of 4.