SHAH ALAM: Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid (Dj Lin) mengakui tersentuh hati dengan keperitan hidup yang dilalui oleh beberapa ibu tunggal yang turut serta dalam Bengkel Memperkasa Diri Persona pada awal Jun lalu.Bengkel yang dianjurkan sempena pelantikannya sebagai duta kempen 'Persona Sememangnya Lebih Sempurna' telah menarik lebih 50 peserta berstatus ibu tunggal dari seluruh negeri. Menurut Lin, pelbagai masalah dan keperitan yang dihadapi oleh ibu tunggal-ibu tunggal ini yang ramai masyarakat tidak mengetahuinya."Saya rasa sangat tersentuh kerana di bengkel itu mereka tidak segan silu untuk meluahkan apa yang terpendam dan keperitan yang mereka lalui sepanjang bergelar ibu tunggal."Ada peserta yang berusia 24 tahun sudah menempuhi alam ini, mereka kebanyakan melalui kesukaran dalam berhadapan dengan persepsi masyarakat yang sering memandang serong," ujarnya ketika ditemui dalam satu sesi interviu bersama duta Proton Persona, di sini, Khamis.Selain Dj Lin, kempen yang bermula April sehingga Ogos itu turut disertai oleh dua penyampai radio lain iaitu Aanantha dari THR Raaga dan Jack Lim (MY FM) sebagai simbolik kepada slogan 1Malaysia.Tambah Lin, selain berkongsi masalah, mereka juga diajar bagaimana menguruskan kewangan dan ceramah-ceramah daripada beberapa orang penceramah untuk membina keyakinan dan memperkasa diri mereka dengan pengetahuan."Kita mahu ibu tunggal ini dapat membina kekuatan dan meneruskan hidup tanpa mempunyai rasa diskriminasi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi," ujarnya.Dalam program tersebut juga, seramai 18 orang ibu tunggal dibiayai mengambil lesen memandu oleh Proton.Seterusnya, DJ Lin akan memainkan peranan sebagai mentor untuk membimbing sendiri tiga orang ibu tunggal yang telah beliau pilih sepanjang tempoh kempen ‘Persona, Sememangnya Lebih Sempurna’.Ini bakal memberikan beliau peluang untuk mendekati mereka dengan lebih rapat dalam usaha mengharungi cabaran hidup masing-masingSementara itu, Lin turut bersyukur apabila berjaya lulus dalam ujian lesen memandu yang didudukinya Rabu lalu."Alhamdulillah saya lulus dalam ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), saya rasakan ia bagai sebuah mimpi."Saya sangat tidak menyangka berjaya mendapatkan lesen dan memandu kereta sendiri dan saya tidak sabar untuk membawa anak-anak dan balik ke Johor," katanya.