Intan Sarafina bahagia bersama-sama anak dan suaminya. - Foto ihsan INTANPETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan.Disebabkan hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan semakin menyepi dalam industri seni tanah air. “Alhamdulillah, saya mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan.“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.Kata pelakon drama “Suara Hati” ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki.“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan.“Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni,” jelasnya.Tambahnya lagi: “Selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan.”Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu.