suria

'Silap Menghitung' Papar Isu Buang Bayi

Salah satu babak dalam drama tersebut
Salah satu babak dalam drama tersebut
Salah satu babak dalam drama tersebut

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah drama bertajuk Silap Menghitung yang berkisarkan tentang permasalahan remaja dan isu pembuangan bayi pada 31 Julai ini, pukul 10 malam.

Drama arahan Zamani Ibrahim dari Unit Drama TV RTM ini akan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Khamsah Abdullah (Opah), Kaza, Rozie Rashid, Shahrul nizam, Sharifah Nadia, Shafini Saedon, Liza Abdullah, Badrul Munir, Siti Nur Dazzuvena Zainal, Muhammad Hadi Rizal, Alif, Azhan Rani dan Noor Zaimiellia Zaidi.

Mengisi slot Sinema Ahad, Silap Menghitung ini berkongsi kisah Opah yang berkunjung ke rumah anaknya Osman di Kuala Lumpur bersama Alang Yassin yang akan menghadiri seminar usahawan.

Keadaan harmoni keluarga mereka bertukar tegang apabila Khaty membawa pulang sahabat baiknya, Alia yang menumpang seketika di rumah mereka.

Alia menghadapi masalah peribadi dan takut hendak balik ke rumah orang tuanya di Pahang kerana berbadan dua. Opah yang banyak pengalaman itu dapat mengesan dan menghidu masalah Alia.

Bagaimanapun Timah, dia tak mahu menanggung beban dan tak sanggup ‘bersubahat’. Bagi Timah jalan terbaik, hal Alia ini harus diselesaikan oleh orang tuanya.

Alia mempunyai alasan sendiri kenapa dia tak sanggup berdepan dengan orang tuanya, lebih-lebih berdepan dengan ayahnya yang panas baran. Memandangkan isu itu, dia berada di rumah Timah, membebankan, Alia mengambil jalan singkat untuk keluar dari rumah itu.

Kerana tidak mahu Alia merasa tersisih, Opah membawa Alia ke kampung. Opah tidak mahu Alia bersendiri dalam menghadapi masalahnya.

Osman dan Yasin telah diarah oleh Opah mengesan keluarga Alia di Pahang. Opah sering mempertahankan Alia kerana menganggap Alia seperti cucunya sendiri. Alia amat terharu dengan sikap Opah.

Bila Joyah kembali dari Kuala Lumpur, keadaan menjadi kecohn dan kisah Alia menjadi buah mulut. Tok Penghulu campur tangan. Tok Penghulu tidak mahu nama baik kampung tercalar dengan kehadiran Alia. Bagaimana pun kehadiran cucu Tok Penghulu, Faizal dari Kuala Lumpur telah meleraikan masalah Alia.

Artikel Lain