RihannaLONDON: Penyanyi Rihanna dilaporkan telah memberikan komitmen terbaiknya dalam filem pertama lakonannya yang berjudul Battleship di bawah arahan Peter Berg.Menurut laporan portal contactmusic.com, aksi penyanyi itu boleh ditonton dalam “trailer” filem yang turut dibintangi oleh Alexander Skarsgard, Brooklyn Decker dan Liam Neeson itu. Bercerita mengenai wataknya, Rihanna berkata: "Dia (watak) seorang gadis yang lasak dan tegar. Saya perlu menguasai penggunaan senjata dan kemahiran aksi sebaik yang mungkin."Rihanna yang dikatakan menghabiskan masa selama tiga bulan untuk penggambaran di Baton Rouge dan Hawaii turut melakukan beberapa aksi lagak ngeri dalam filem itu."Dia (Rihanna) terjun ke dalam air, menghempaskan dirinya pada besi pengadang, mencekik pelakon dan mengheretnya ke rakit."Kemudian dia melihat ke arah saya dan tersenyum puas. Dia melakukan semua aksi itu sendiri. Sememangnya tiada isu tentang keyakinan dirinya sebagai seorang pelakon," kata Berg.Battleship dijangka ditayangkan pada 18 Mei 2012.