NeraKUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9) Nera atau nama sebenar Queennera Francis Kitingon, 19, memberitahu keluarganya tidak pernah menghalang untuk dia bercinta dengan lelaki Melayu atau berlainan agama.Tambah Nera, ahli keluarganya berfikiran terbuka dan sentiasa memberi sokongan apa juga pilihannya. “Keluarga tidak pernah menghalang saya untuk berkawan dengan siapa sahaja, mereka tidak pernah meletakkan syarat dan sentiasa berfikiran terbuka.“Bagaimanapun sebagai ibu bapa mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya agar menjaga diri dalam apa juga yang saya lakukan,” katanya.Bagaimanapun, Nera mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun sebelum ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas pelajar AF9 yang lain iaitu Azri atau nama sebenarnya, Mohamad Azri Abdullah,24.“Saya belum mempunyai kekasih atau bertemu orang yang betul-betul sesuai dengan saya. Lagi pula saya masih baru di sini dan baru memulakan kerjaya.“Saya dan Azri berkawan rapat sejak di dalam akademi tapi apabila sudah keluar dari akademi kami jarang bertemu dan sibuk dengan hal masing-masing,” katanya.Ditanya tentang lelaki idaman, Nera memberitahu dia mendambakan lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.“Saya tidak kisah atau terlalu memilih cukuplah dengan seorang yang baik hati, jujur dan bertanggungjawab sebagai lelaki,” tuturnya.Sementara itu, Nera yang baru muncul dengan “single” terbaru berjudul Hatiku Milikmu memberitahu telah menitiskan air mata ketika merakamkan lagu tersebut.“Lagu ini sangat menyentuh hati saya, ketika menghayati dan memahami lagu tersebut sewaktu proses rakaman, saya menangis.“Saya terharu kerana ramai yang memberi maklum balas baik terhadap lagu tersebut, secara tidak langsung saya dapat menangkis cakap-cakap orang tentang bakat nyanyian saya,” katanya.