Cecilia Cheung dan suaminya, Nicholas Tse.PELAKON Cecilia Cheung enggan menandatangani surat cerai yang difailkan oleh suaminya, Nicholas Tse kerana sangat mencintai lelaki itu dan keluarganya.Media Taiwan melaporkan Cecilia meminta untuk berdamai dengan pihak Nicholas. Dia telah menghubungi ibu Nicholas iaitu Deborah Li untuk membicarakan hal tersebut. "Cecilia menghubungi Deborah Li untuk meminta maaf dan meminta belas kasihan dua hari lalu. Dia tak pernah mahu keluarganya bercerai-berai," ujar sumber yang dipetik dari Xin MSN, Selasa.Bintang filem Fly Me to Polaris itu juga bersedia untuk memberikan dua pangsapuri mewahnya untuk Nicholas.Sebagai bukti dirinya tidak menginginkan Wang, dia hanya ingin suaminya kembali.Dua pangsapuri yang dimaksudkan iaitu sebuah pangsapuri baru yang dibeli Cecilia di Hong Kong.Sebuah pangsapuri lagi merupakan hadiah daripada suaminya yang terletak di Ocean Bay, Hong Kong.Sumber lain memberitahu Cecilia dan keluarga Nicholas akan berkumpul untuk meraikan ulang tahun anak pertamanya, Lucas. Pada 2 Ogos ini, Lucas genap berusia empat tahun.Acara tersebut akan menjadi kesempatan terakhir Cecilia untuk menyelamatkan perkahwinannya. Cecilia yang sedang menjalani penggambaran filem The Lion Roars 2 akan kembali ke Hong Kong dan menyiapkan majlis untuk Lucas.Keluarga Nicholas juga bimbang dengan perkahwinan pasangan selebriti tersebut. Mereka meminta Nicholas untuk berdamai dengan Cecilia hanya kerana anak mereka.