suria

Lisdawati Jual Songkok 5 Inci

Lisdawati
Lisdawati
Lisdawati

PETALING JAYA: Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini, pelakon Lisdawati, 32, atau sebenarnya Nisdawati Nazarudin pula memilih untuk menjual songkok tinggi.

Kata aktres yang mesra disapa Lis ini, sebelum bergelar artis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.

Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.

"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan.

"Sejak terlibat dalam seni, saya tidak dapat teruskan kerana sudah sibuk dengan komitmen baru namun minat itu tidak pernah hilang. Sebab itu, saya memutuskan untuk menjual songkok tinggi kali ini," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Bercerita lanjut, Lis berkata, songkok tinggi yang ditempah daripada pakciknya itu berbeza daripada kebanyakan songkok tinggi yang sedia ada kerana ukuran ketinggiannya iaitu 5 inci jarang ditemui di pasaran.

"Songkok ini saya tempah khas daripada pakcik saya yang menjalankan perniagaan songkok di Ipoh, Perak. Songkok tinggi ini istimewa dan berbeza kerana pada kebiasaannya ukuran songkok tinggi di pasaran adalah 4 atau 6 inci.

"Selain itu ia juga diperbuat daripada baldu yang berkualiti tinggi. Saya simpan stok ini di rumah saja dan tidak perlu bimbang untuk mencari tapak atau kedai," katanya.

Sebagai permulaan, Lis menawarkan 500 unit songkok yang bersaiz 21 hingga 23 1/2 dengan harga RM69 seunit. Bagi yang berminat boleh menghubungi Muna di talian 013-2223939 untuk tempahan.

Menyelak perkembangan kerjayanya, Lis yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suaminya aktor Fauzi Nawawi pada minggu lalu berkata, dia mungkin akan menghabiskan waktunya di rumah bersama keluarga saja memandangkan pembantu rumahnya baru saja berhenti secara mengejut.

"Selepas pulang dari umrah minggu lalu, belum ada sebarang tawaran lakonan. Mungkin saya akan duduk di rumah dan menguruskan keluarga saja sepanjang Ramadan ini kerana kebetulan pula, pembantu rumah saya baru berhenti secara mengejut," kongsinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain