Kim Kardashian dan suaminya Kris HumphriesLONDON: Bintang program realiti terkenal, Kim Kardashian, 30, selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, bintang bola keranjang NBA Kris Humphries, 26, di sebuah kediaman peribadi bertempat di Montecito, California, Sabtu.Pasangan itu mengikat tali perkahwinan kira-kira pada pukul 6.30 petang dalam upacara selama 30 minit di hadapan ahli keluarga dan tetamu termasuk selebriti Ryan Seacrest, Lindsay Lohan, Eva Longoria, Mel B, Venus dan Serena Williams, Avril Lavigne dan Demi Lovato. Portal contactmusic.com melaporkan Kardashian memakai gaun rekaan Vera Wang yang diinspirasikan daripada gaun Pippa Middleton pada majlis perkahwinan kakaknya Catherine.Para pengapit dan ibunya turut dilaporkan memakai gaun pereka fesyen terkenal itu.Sebelum upacara gilang gemilang itu berlangsung, Kardashian sempat menitipkan penghargaannya kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam perancangan perkahwinannya di laman blognya, celebuzz.com."Saya tidak percaya ia (perkahwinan) menjadi kenyataan akhirnya! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu dalam merealisasikan upacara ini."Kalian semua sangat bermakna dalam hidup saya dan saya mahu mengucapkan terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda," katanya menerusi kemas kini di blog itu.