Bkay NairPETALING JAYA: Biarpun beragama Hindu, Bkay Nair tetap tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan teman-teman rapatnya.Jelas Bkay, dia bercuti selama dua minggu untuk pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan bapa saudaranya yang sudah memeluk agama Islam. "Sejak kecil lagi saya dah biasa menyambut Hari Raya, malah setiap kali Aidilfitri sayalah yang paling seronok. Jika saya tidak pulang kawan-kawan di kampung akan bertanya dan memaksa saya untuk balik beraya"Saya dibesarkan dengan persekitaran Melayu dan kawan-kawan baik saya semuanya Melayu, Malah beberapa orang pak cik saya sudah memeluk agama Islam," katanya yang akan balik ke Johor Bahru dan Pulau Pinang.Tambah Bkay, tahun ini dia sudah mempunyai enam pasang baju raya yang dibeli dan ditempah di kedai."Saya sudah beli tiga pasang baju siap dan menempah tiga pasang di kedai jahit. Saya sengaja buat banyak kerana mudah untuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka nanti," katanya.Bercerita tentang kenangan raya, Bkay berkata ketika bersekolah rendah dia sering mengikut rakan-rakannya beraya dari sebuah rumah ke sebuah rumah."Dulu setiap kali raya saya mesti ikut kawan-kawan saya pergi beraya dari rumah ke rumah untuk kutip duit raya, kadang-kadang kita tidak kenal pun siapa orang rumah tu," katanya.